5 Tips Membuat Keputusan Dengan Cepat

5 Tips Membuat Keputusan DenganCepat - Kehidupan kita bergantung pada keupayaan kita untuk membuat keputusan.Sama-ada membuat dalam Kerjaya, hubungan, kesihatan semua yang anda nikmati dan lalui hari-ini adalah kerana keputusan anda pada masa lalu, Membuat keputusan dengan tepat dan cepat adalah sangat penting tetapi sebahagian daripada kita mengalami kesusahan membuat keputusan.

Kita bertidak secara extreme untuk membuat sesuatu keputusan, kita berfikir secara mendalam, meluangkan banyak masa untuk memikirkan tentang keputusan kita, mendapatkan khidmat nasihat kawan-kawan dan kenalan-semata-mata untuk membuat sesuatu keputusan.
Tetapi akhirnya kita tidak dapat mengambil tindakan yang sewajar untuk keputusan kita kerana kesuntukan masa.

Pada tulisan kali ini saya ingin berkongsi 5 Tips Bagaimana untuk membuat keputusan dengan cepat?


5 Tips Membuat Keputusan Dengan Cepat


01. Peraturan 2-Menit

Peraturan 2 menit ini adalah satu cara yang efective untuk mengelakkan anda mengunakan masa yang terlalu lama untuk membuat keputusan.
Apabila anda perlu membuat keputusan, hanya tetapkan masa 2 minit untuk "brain-storming". Had masa seperti ini memaksa anda untuk cepat menilai kebaikan dan keburukan anda dan membuat keputusan dengan cepat.
Ia juga mengelakkan anda daripada berkhayal.
Jika anda seorang yang perlahan membuat keputusan, anda bolehlah tingkatkan had masa kepada 5 minit sahaja, jangan lebih 5 minit!!.

02. Kurangkan pilihan

Ada masanya kita mempunyai banyak pilihan semasa membuat sesuatu keputusan. Pilihan yang banyak boleh membuntukan proses membuat keputusan dan melambatkan anda.
Untuk mengurangkan "pilihan" anda, nilaikan setiap "pilihan" yang ada. Adakah pilihan ini baik atau buruk? Jangan pikirkan kesan panjang pilihan tersebut. Hanya pikirkan secara asas "BAIK" atau "BURUK" / "SESUAI" atau "TIDAK" Jika anda merasakan sesuatu "pilihan" itu buruk dan tidak sesuai maka lupakannya dan pergi pada pilihan seterusan.

03. Cabutan Bertuah

Jika semua pilihan anda seolah-olah mempunyai nilai lebih kurang sama, tulis pilihan anda yang terbaik anda pada keping kertas yang berasingan dan tempat mereka dalam satu beg/ kotak. Buat cabutan bertuah, Keputusan anda adalah kertas yang anda tarik keluar.

Tips ini juga berguna jika anda mempunyai banyak tugas untuk dilakukan, Tulis tugasan anda dalam kertas yang berasingan, buat cabutan bertuah dan selesaikan kerja itu secepat yang mungkin. Pada kotak atau beg yang berasingan tuliskan ganjaran yang anda inginkan dalam kertas yang berasingan dan buat cabutan. Setiap kali anda menyiapkan tugasan anda, lakukan cabutan untuk memberi ganjaran kepada diri anda.

04. Fikir hanya Sekarang

Kita sering boleh mementingkan gambaran yang besar, cuba untuk melihat bagaimana keputusan kita akan memberi kesan kepada masa depan. Pikiran seperti ini menyebabkan stress mental , kerana kita cuba untuk melihat setiap langkah secara terperinci dan terlalu jauh ke masa depan bersama-sama dengan hasilnya.

Ia adalah lebih baik untuk fokuskan tentang situasi pada masa ini, buat keputusan berdasarkan apa yang akan berlaku pada masa yang terdekat. Elak berfikiran jauh, ini juga dapat membantu anda untuk mengelakkan pembaziran waktu.

05. Beri ruang untuk kegagalan


Salah satu sebab kita lambat membuat keputusan adalah kerana takut untuk gagal. Kita takut akan kesan negatif keputusan tersebut dan ingin mengurangkan risiko dalam kehidupan.

Sebaliknya, kita harus sedar, yang keputusan yang lambat adalah lebih teruk daripada keputusan yang buruk. Keputusan yang buruk boleh dipulihkan dan dapat memberi pengajaran kepada kita, tetapi tidak membuat keputusan pada waktu yang sepatutnya akan menyebabkan kehidupan kita tidak kemana-mana dan tergantung. Beri ruang kepada kegagalan, jangan takut untuk mencuba.

Kita tidak mungkin untuk dapat membuat keputusan yang tepat setiap kali. tetapi orang yang berani mangambil risiko dan yang tidak takut akan kegagalan akan mahir dan mendapat pengalaman yang jauh lebih baik daripada mereka yang pasif.


Diharapkan tips ini dapat membantu anda untuk membuat keputusan dengan lebih cepat dan baik, Semoga bermanfaat.

Posting Komentar

0 Komentar