5 Tips Jitu untuk Lebih Bertenaga Saat Berkerja

5 Tips Jitu untuk Lebih Bertenaga Saat Berkerja - Adakah anda kurang bersemangat untuk berkerja? Anda tidak cukup tidur dan berasa kurang berpuas hati terhadap karier anda? Anda anda berasa berat untuk berkerja dan memaksa diri anda untuk berkerja?

Ramai yang berpendapat dengan meminum nescafe atau kopi boleh membantu untuk berkerja dengan lebih bertenaga.

Adakah secawan nescafe atau kopi cukup untuk menjadikan anda bertenaga dan ceria semasa berkerja? Hakikatnya secawan nescafe atau kopi tidak cukup untuk menjadikan anda bertenaga semasa berkerja.

Jika anda sering muram dan tidak bertenaga dan bersemangat untuk berkerja. Maka kualiti kerja anda akan terjejas dan hubungan antaraanda dan rakan sekerja anda juga akan terganggu.

5 Tips Jitu untuk Lebih Bertenaga Saat Berkerja


Pada tulisan hari ini, Saya ingin berkongsi 5 tips jitu untuk menjadi lebih bertenaga saat berkerja?


1.Amalan menulis Jurnal/ Diari


Ya, amalkan tabiat menulis jurnal setiap hari. Tuliskan pengalaman positif anda semasa berkerja, seperti pujian bos anda, Rakan sekerja yang memuji anda dan pujian klien anda semasa berkerja. Ini akan membantu anda untuk memberi tumpuan kepada pengalaman yang positif dalam kehidupan anda.Catatkan 3 pengalaman yang positif (sekurang-kurangnya) yang berlaku kepada anda di akhir setiap hari.
Jika anda berasa kurang bersemangat dan "moody" baca semula jurnal atau diari anda itu dan berbangga dengan pencapaian anda, ini boleh meningkatkan semangat anda untuk berkerja dengan lebih bertenaga.

2.Senaman dan Riadah


Luangkan masa untuk bersenam dan beriadah. Anda boleh memainkan lagu kegemaran anda dan menari, menaiki basikal atau hanya berjalan kaki. Malah adalah amat digalakkan untuk melakukan beberapa senaman regangan yang mudah. Senaman akan akan membantu anda meningkatkan endorfin(satu hormon dalam badan) ke otak anda, yang memberi tenaga kepada anda.

3. Teknik Relaksasi aktif



Sebelum memulakan hari anda, cubalah teknik relaksasi ini, beri tumpuan kepada pernafasan anda selama 5 minit. tarik dan hembus nafas secara perlahan-lahan. katakan kepada diri anda yang semuanya ok dan anggap masalah yang timbul sebagai "Cabaran" dan bukannya "Masalah. Baca tulisan saya Masalah atau Cabaran? Mana yang anda inginkan?? untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut
Teknik ini akan membantu anda untuk berfikiran positif dan membuka minda kreativiti anda.

4. Beri Bantuan (Gembirakan orang sekeliling anda)


Cuba tawarkan bantuan kepada seseorang. Walaupun hanya memberi konsultasi atau khidmat nasihat kepada seseorang. Cuba amalkan tabiat suka membantu dan janganlah mementingkan diri sendiri kerana ia akan membuat anda berasa bangga, dan memberi kepuasan berkerja. Jika anda rasa bantuan anda tidak dihargai maka carilah orang lain yang lebih menghargai bantuan anda dan boleh berterima-kasih kepada anda secara jujur dan ikhlas.

5. Minta Bantuan


Semasa berkerja kita perlu membantu dan menyokong antara satu sama lain. Minta bantuan kija anda perlukan, jangan paksa diri anda untuk berkerja secara bersendirian. Beri peluang kepada orang lain untuk memberi khidmat nasihat dan pendapat mereka kepada anda, Berterima-kasih kepada yang membantu dan berikan pujian yang ikhlas jika perlu. Ini akan mewujudkan situasi kerja yang positif dan mengeratkan hubungan antara rakan kerja anda. Dengan persekitaran kerja yang positif ini tenaga kerja anda akan meningkat dan anda akan berasa lebih bersemangat untuk berkerja.

Sekian tulisan saya, harap tips-tips ini membantu anda untuk berkerja dengan lebih bersemangat dan memajukan masa depan karrir anda.

Posting Komentar

0 Komentar